DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Monday 2 July 2012

HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 2012


Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2012 telah disempurnakan pada hari Khamis,28 JUN yang lalu di Dewan Besar Sekolah.Ia telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr Halimah bt Badioze Zaman,Pengarah Institut Informatik Visual,UKM.Hari Anugerah Cemerlang adalah salah satu daripada acara tahunan sekolah yang penting.Ia  menjadi fokus utama bagi setiap warga sekolah kerana pada hari ini mereka akan mendengar laporan penuh oleh Guru Besar mengenai perkembangan sekolah sepanjang tahun.Pada hari ini juga murid-murid yang cemerlang di dalam bidang akademik dan ko akademik akan diberi pengiktirafan berupa sijil penghargaan dan hadiah.Waris-waris yang dijemput hadir bagi meraikan majlis ini sudah tentu akan merasa bangga di atas kejayaan anak-anak mereka.
Diharap Majlis Anugerah Cemerlang akan menjadi suatu medium bagi membentuk motivasi serta bermuhasabah diri kepada semua pihak baik guru,waris ,murid,pentadbir sekolah mahu pun masyarakat setempat.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci
 Al-quran oleh Adik Rabiatul Adawiyah bt Shamsuddin
murid Thn 3K

Puan Guru Besar sedang menyampaikan
ucapannya

Yang diraikan,Professor Dr Halimah sedang
 menyampaikan ucapan dan  pesanannya
 kepada semua hadirin
Majlis turut diserikan dengan nyanyian nasyid
 oleh kumpulan nasyid IMTIYAZ ( naib johan nasyid PKG Yan 2012 )
 dari SKHHD
Kumpulan Choral speaking SKHHD (tempat ke 3, KMY 2012 )
 turut  menghiburkan para jemputan dengan
 persembahan mereka

Kumpulan Action Song ( Johan PKG 2012 )  juga
 tidak  ketinggalan  dengan persembahan mereka

YDP PIBG,Ku Abd Razak bin Ku Ismail turut dijemput untuk
menyampaikan hadiah kepada murid-murid Tahap 1
Penyampaian hadiah untuk murid-murid Tahap 2
oleh Professor Dr Halimah
Ketua murid,Nuraina Aqilah mendapat
 tempat pertama Thn 6

3 Penerima Anugerah Khas   Ko- Kurikulum
bergambar dengan ibu masing-masing.Tahniah

Wajah-wajah ceria sebahagian dari
warga  guru SKHHD pada Hari Anugerah Cemerlang.

No comments:

Post a Comment