DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Thursday 31 January 2013

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2013

Unit Pengawas sekolah terdiri dari murid-murid yang berwibawa dan terpilih serta boleh  dipercayai untuk memimpin rakan-rakan pelajar yang lain serta membantu guru untuk mengawasi disiplin sekolah.Kumpulan pelajar ini harus menjadi contoh kepada rakan-rakan baik dari segi sahsiah,pencapaian pelajaran ,komitmen terhadap tugasan yang diberi dan lain-lain lagi.

Pelantikan pengawas untuk sesi 2013 telah diadakan pada 27.1.2013 yang lalu di majlis perhimpunan mingguan sekolah. Seramai 56 orang murid dilantik sebagai pengawas sekolah pada tahun ini.Mereka diawasi oleh guru-guru AJK Badan Pengawas Sekolah diketuai oleh Puan Mazura bt Mohamad.

Selain pengawas,terdapat 10 orang murid yang telah terpilih untuk menjadi Pembimbing Rakan Sebaya dari Unit Kaunseling Sekolah yang turut menerima surat pelantikan pada hari ini.


Para pengawas sedang berbaris untuk
 menerima surat pelantikan rasmi oleh Guru Besar
Guru Besar sedang berpesan sesuatu kepada salah
seorang pengawas yang baru dilantik
Bacaan ikrar diketuai oleh Ketua Pengawas
yang baru,Mohd Afiq b Osman dari kelas 6 Cerdik
Seramai 56 orang pengawas dan 10 orang Rakan Pembimbing
 dari unit Kaunselor sekolah sedang berikrar

Gimik pelantikan pengawas-acara merenjis air mawar
dan bunga rampai kepada mereka yang baru dilantik


SELAMAT BERTUGAS
SEKOLAH KITA TANGGUNG JAWAB KITA
TANGGUNG JAWAB IALAH AMANAH


No comments:

Post a Comment