DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Thursday 31 January 2013

MAJLIS PERJUMPAAN PARA WARIS MURID THN 6 DAN GURU-GURU KALI PERTAMA SESI 2013

Para waris atau ibu bapa dan guru serta pihak sekolah  faktor penting  yang saling berkait rapat  terhadap kejayaan sesorang murid di dalam pelajaran mereka. Tanpa perhatian dan penglibatan ketiga-tiga  pihak ini bermakna pincanglah harapan murid untuk mengecapi kejayaan yang diimpikan oleh setiap individu yang bernama pelajar.

Para pelajar tahun 6 yang seramai 163 calon akan menduduki UPSR pada bulan September nanti.Berbagai program perlu  dirancang agar prestasi cemerlang dapat dicapai  di dalam peperiksaan itu nanti .Kerjasama dari semua pihak amat diperlukan bagi merancang dan menjayakan semua program yang bakal dilaksanakan nanti.

Majlis interaksi waris dengan guru menjadi agenda tahunan sekolah ini  bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di antara  pihak waris dengan sekolah.Saat ini juga dijadikan platform untuk menyuarakan segala pendapat, merancang aktiviti dan mengemukakan permasalahan untuk diatasi bersama demi masa depan anak-anak. 



Majlis interaksi waris diadakan pada 27 Januari 2013
 bersamaan hari Ahad mulai jam 2.30 ptg

Para waris sedang  mendaftar kehadiran

Sesi soal jawab bermula.Barisan
guru-guru Thn 6 duduk di barisan
hadapan bersama dengan Puan Guru Besar

Hampir 80% waris hadir pada majlis ini

Puan Zuraina sebagai setiausaha UPSR
 dan wakil guru Bhs Inggeris
sedang memberi taklimat

Kaum ibu lebih ramai yang hadir
kerana kaum bapa bekerja.




ANAK-ANAK ADALAH HARAPAN AYAH BONDA DAN NEGARA
DIDIKLAH MEREKA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA

No comments:

Post a Comment