DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Sunday 25 March 2012

PROGRAM PINTAR OLEH PINTAR FOUNDATION KE SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERPILIH


Di antara program amal pihak PINTAR Foundation ialah menjalankan perpustakaan bergerak ( bertema ) ke sekolah-sekolah yang terpilih untuk menyebarkan informasi yang berguna kepada generasi muda. Pada hari ini iaitu Ahad,25 Mac Bas TNB yang sarat dengan bahan-bahan berunsurkan maklumat kesihatan tiba di perkarangan SKHHD. Semua murid dijemput secara berkumpulan ke pameran yang disediakan di dalam bas yang bertindak sebagai perpustakaan mini.

Murid-murid kelihatan sungguh teruja dan ingin mencuba berbagai-bagai peralatan yang disediakan seperti mesin BMI,pokok kesihatan,cermin ajaib dan lain-lain.



Cikgu Naimah sedang mencuba mesin BMI dengan
 dibantu oleh pegawai PINTAR Foundation yang bertugas

Siti Nur Mardhiah,murid thn 3 sedang
berdiri di samping replika gigi

Pohon Kesihatan yang sarat dengan maklumat
untuk dibaca

Dua orang pegawai PINTAR Foundation sedang memberi ceramah
mengenai pentingnya menjaga  kesihatan

Suasana di dalam ' perpustakaan bergerak '

Di antara sudut yang disediakan

Bas PINTAR Foundation sebagai ' perpustakaan bergerak '

Setiap murid dibekalkan dengan
 sebuah buku mengenai kesihatan


TERIMA KASIH DAUN KELADI PINTAR FOUNDATION,SEMOGA JUMPA LAGI....

2 comments:

  1. asalamualaikum cikgu,

    Saya Amir dari Pihak PINTAR Foundation, salah seorang fasilitator untuk program ini.terima kasih atas penglibatan pihak sekolah yang turut bersama-sama menyokong program yang telah kami anjurkan selama ini. kami berasa bertuah dan gembira dengan pengurusan dan sambutan yang telah diberikan oleh pihak sekolah sepanjang program-program dari pihak kami berlangsung..saya ingin memberikan pembetulan disini terhadap program diatas, program ini adalah dari pihak PINTAR Foundation dan program ini bukan dari pihak syarikat angkat sekolah cikgu, pihak kami khuatir akan menimbulkan sebarang kekeliruan terhadap penganjuran program ini.

    Adapun program ini dicipta untuk melawat sekolah-sekolah dibawah program PINTAR itu sendiri termasuk sekolah cikgu, pihak kami telah melawat sekolah-sekolah angkat kesemua GLC di bawah program PINTAR seperti sekolah angkat TNB, TM, CIMB, Boustead, SIME Darby dan lain-lain.

    TNB merupakan salah satu rakan Program PINTAR daripada lebih 25 syarikat yang menyertai program ini dan ingin saya maklumkan kepada pihak sekolah bahawa program ini diberikan nama sebagai PINTAR Mobile Learning Unit (PMLU) dan dibawah pengurusan pihak PINTAR Foundation sendiri dan kerjasama dari syarikat-syarikat yang menyertai program PINTAR.

    untuk keterangan lanjut cikgu boleh melayari laman web PINTAR Foundation di www.mypintar.com.my

    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  2. sebelum terlupa saya dan rakan saya merupakan pegawai dari pihak PINTAR Foundation dan bukan daripada TNB. saya harap pihak sekolah maklum dengan perkara ini. sekian terima kasih

    ReplyDelete