Kebersihan adalah asas keimanan .Sifat cintakan kebersihan hendaklah dipupuk sejak seseorang itu masih kecil lagi.Kebersihan juga adalah asas kesihatan dan ia bermula dari rumah.Bayangkan jika suasana di dalam sesuatu kelas itu bersih dan kemas,maka murid akan lebih merasa tenang dan selesa . Proses pembelajaran juga akan menjadi lancar dan berkesan.Di atas kesedaran inilah ,suatu pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas telah diadakan bertujuan mendidik murid-murid supaya cintakan bebersihan. Pertandingan tersebut telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu untuk Tahap 1 dan Tahap 2.Kelas-kelas yang memenangi pertandingan ini dijanjikan hadiah yang menarik dari pihak sekolah.
No comments:
Post a Comment