DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Tuesday 12 July 2011

PERADUAN MENCARI MAKNA PERKATAAN MENGGUNAKAN KAMUS

    Kemahiran menggunakan kamus adalah sangat penting di dalam mempelajari bahasa. Kosa kata Bahasa Melayu contohnya,  sentiasa mengalami perubahan dan  penambahbaikan dari semasa ke semasa.Oleh sebab itu ,  setiap murid harus didedahkan kepada kemahiran menggunakan kamus ini sejak mereka berada di tahap 1 lagi.
    Pada hari Isnin, 11 Julai yang lalu, murid-murid dari kelas 2S dan 3S telah menyertai peraduan 'Bijak Kamus' yang telah diadakan di dewan sekolah bermula  dari 10.15 sehingga 11.15 pagi.
Objektif peraduan ini diadakan ialah :
1. Agar murid pandai merujuk kamus
2. Menambah kosa kata murid
3. Persaingan sihat di antara kumpulan murid bagi mencari jawapan
    
    Guru-guru Bahasa Melayu tahun 2S dan 3S telah menyediakan 14 buah kamus untuk 14 kumpulan murid untuk mencari makna bagi 20 perkataan

   
Kamus Pelajar dan senarai kosa kata yang disediakan

Murid-murid dan guru bersedia untuk ke dewan bagi memulakan peraduan ' Bijak Kamus '

Murid-murid di bahagikan kepada kumpulan kecil dan diberi soalan dan kamus
Murid bekerjasama mencari jawapan

Antara kumpulan yang mengambil bahagian
 Mereka dari kelas  2S
Puan Noor Sida dan Puan Salmah sedang memantau kumpulan yang bertanding
Jika tidak faham,tanyalah guru

No comments:

Post a Comment