DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Monday 25 July 2011

MURID PEMULIHAN YANG SUDAH LANCAR MEMBACA

    Dua orang murid pemulihan tegar dari Tahun 4 sudah boleh membaca dengan lancar.Mereka telah lulus ujian IPP2M ( Instrumen Penentu Penguasaan Menulis dan Membaca ) dan telah kembali semula ke kelas 4A untuk belajar seperti biasa dengan rakan-rakan sekelas mereka  yang lain.Dua orang murid tersebut iaitu Ku Mohd Firdaus bin Ku Nazim dan Noor Izzati bt Asari telah mempersembahkan pantun di hadapan majlis Perhimpunan Mingguan disaksikan oleh semua guru dan murid.Begitu lancar sekali persembahan mereka sama seperti murid-murid normal yang lain.


Kedua-dua mereka tampil ke pentas perhimpunan untuk berpantun

Nor Izzati Asari menjual pantunnya

Giliran Ku Mohd Firdaus untuk membalas pantun




    Orang tua-tua dahulu pernah berkata,'belakang parang kalau diasah lagikan tajam,inikan pula kita manusia.Andai usaha tidak disertai dengan kesungguhan,andai menuntut ilmu tidak disirami dengan doa kepada yang ESA dan andai menimba pelajaran tidak disertai dengan hormatkan guru yang mengajar , maka terbantutlah segala yang dicita dan punahlah harapan ibu dan bapa yang sentiasa mengharapkan kejayaan  kita.





Terima kasih Cikgu,hanya Allah yang akan membalas segala
usaha dan pengorbananmu.Amin

No comments:

Post a Comment