DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Saturday 2 July 2011

LARIAN 1 MURID, SATU SUKAN , SATU MALAYSIA


     Larian ini telah berlangsung serentak untuk semua murid sekolah di seluruh  Malaysia  pada  hari Sabtu 2 Julai 2011 mulai jam 8.00 pagi.Tujuan larian ini diadakan adalah untuk memupuk semangat 1 Malaysia dan menyemai gaya hidup sihat di kalangan pelajar.Seramai 4.1 juta murid dari seluruh negara terlibat di dalam acara ini dan ia menjadi catatan ' World's Guinness Book Of Record ' iaitu larian terbesar yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah.Di SKHHD semua murid tahap 2 terlibat  di dalam larian ini.

Acara dimulakan dengan senamrobik pada waktu awal pagi oleh semua guru dan murid
Selepas itu acara memecahkan belon oleh Puan Guru Besar  sebagai tanda perasmian larian
Taklimat disampaikan oleh Ustaz Sofi dan PKKK,Puan Jamnah Mat
Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Aridi
Murid-murid lelaki bergerak ke garisan permulaan untuk larian
Cikgu Sahudin mengingatkan murid sekali lagi tentang keselamatan mereka ketika larian dibuat
Giliran murid-murid perempuan pula untuk memulakan larian
Guru-guru yang bertugas segera bergerak ke kawasan 'check point' masing-masing
Cikgu Hj Shukri dan Cikgu Shaouqhi bergerak  ke kawasan ' check point ' mereka
Selepas 12 minit kelihatan beberapa orang murid yang sudah  sampai


Murid perempuan yang tiba awal
Mohd Zhafir peserta lelaki terawal sampai
Mereka di antara pemenang acara larian 
4o perserta yang pertama  sampai , mendaftar diri pada guru yang bertugas
Rosnajihah dari Rumah Nilam ,pemenang kategori perempuan di samping ibu yang meraikan kejayaannya

Kedua-dua pemenang di samping ibu masing-masing

Kaum ibu prihatin  yang terlibat di dalam acara senamrobik bersama guru dan murid
Setelah selesai acara larian, tiba giliran untuk permainan pula.Kelihatan peserta bola baling perempuan Tahun 5
Peserta lelaki Tahun 5
Peserta bola baling lelaki Tahun 6
Acara sukaneka pun ada
Cikgu Maimunah sedang menyusun kumpulan murid-murid untuk sukaneka
Permainan bola sepak murid Tahun 5
Permainan bola baling Tahun 5
Permainan bola baling murid Tahun 5


   Pemain pelapis untuk wakili sekolah pada Tahun 2012

Permainan bola jaring
Murid-murid berkumpul di dewan untuk acara penyampaian hadiah
Di antara para pemenang yang menerima hadiah yang disampaikan oleh Puan Guru Besar
Kegembiraan terbayang di wajah pemenang
Alhamdulillah , acara  telah berjalan dengan lancar  tanpa sebarang masalah. Kegembiraan terbayang di wajah guru-guru yang telah bertugas sejak awal pagi menjayakan acara larian hari ini.

Jutaan terima kasih dan sekalung tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis pada hari ini.  


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
BADAN CERGAS OTAK CERDAS
WASSALAM.......



No comments:

Post a Comment