DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Sunday, 10 July 2011

LDP ( Latihan Dalam perkhidmatan ) KALI KE 4 - 2011

   Segala aset kerajaan yang tiba di sekolah tidak kira walau dalam bentuk apa sekali pun harus direkod dan diketahui arah pergerakannya dengan cara yang telus dan sistematik.Ramai di antara kita terutamanya guru-guru yang mempunyai komitmen yang banyak , agak ketinggalan di dalam aspek ini.Guru-guru yang memegang potfolio khas dan guru-guru ketua panitia serta AJK masing-masing  khasnya adalah golongan yang terlibat secara langsung di dalam tatacara pengurusan aset kerajaan ini.
    Menyedari pentingnya pengetahuan tentang pengurusan aset ini disebarkan di kalangan guru-guru,maka pihak pengurusan SKHHD telah menganjurkan suatu  Bengkel Tatacara  Pengurusan  Aset Alih Kerajaan ( TPA ) pada hari Sabtu 9 Julai,2011 mulai jam 8.30 hingga 1.00 tengah hari.Semua guru dan staf sokongan diwajibkan hadir untuk mengikuti bengkel ini.


Bengkel dilaksanakan berpandukan pekeliling ini

Sebelum taklimat disampaikan,semua guru duduk mengikut panitia masing-masing  
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Mohd Sofi

Taklimat tatacara disampaikan oleh Puan Nor Afida Abu Seman, Pembantu Tadbir Sekolah ditemani oleh Puan Guru Besar
Taklimat adalah mengenai  Daftar Harta Modal, Daftar Inventori
                                 dan lain-lain yang berkaitan


Setelah taklimat,sesi bengkel pun bermula
Puan Nor Afida membantu kumpulan-kumpulan  panitia yang memerlukan nasihat dan tunjuk ajar

Ada jamuan di kantin pukul 10.30 pagi ( rehat setengah jam )
...jom makan....

Pukul 11.00 pagi, bengkel diteruskan lagi sehingga pukul 1.00 petang
...bersungguh-sungguh nampaknya....

Selepas bengkel tamat,guru-guru menunaikan jemputan kenduri yang diadakan di rumah waris bekas  murid SKHHD yang terletak berhampiran sekolah

Jemput makan cikgu......

Banyak  faedah yang kita perolehi dengan berkursus.Di antaranya :


1. Dapat menambah ilmu dan perkembangan  semasa
2. Mengeratkan silaturrahim sesama rakan sekerja dan semangat kekitaan
3. Meningkatkan motivasi agar bekerja dengan lebih tekun dan selesa
4. Mengetahui cara-cara yang betul tentang sesuatu tugasan contohnya cara-
    cara mengisi stok sesuatu aset yang kita perolehi
5. Banyak  lagi.




No comments:

Post a Comment