DASAR PENAFIAN


PSS SK Hj Hussin Dol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini .

Sunday 17 July 2011

LATIHAN MENCEGAH KEBAKARAN KALI KEDUA TAHUN 2011-SKHHD


   Suatu latihan mencegah kebakaran secara dalaman untuk  kali kedua tahun 2011 telah diadakan di SKHHD pada 18 Julai  bermula pukul 8.30 pagi hingga 9.15 pagi.Latihan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara-cara bagaimana   tindakan yang betul dan sistematik diambil, jika sekiranya terjadi sesuatu kebakaran atau seumpamanya semasa mereka berada di kawasan sekolah.Semua guru dan murid diwajibkan melibatkan diri  di dalam latihan ini.


Pada pagi 17 Julai, AJK Latihan Mencegah Kebakaran memberi taklimat kepada semua guru dan murid di perhimpunan sekolah.Kelihatan Ustaz Sofi sedang memegang Plan Kecemasan  Mencegah Kebakaran

Semua murid sedang mendengar taklimat dengan teliti

Plan Kecemasan Kebakaran
Giliran Puan Nor Faezah memberi penerangan kepada guru-guru.Jadual tugas guru juga diedarkan


Hari Isnin,18 Julai,pukul 8.30 pagi siren dibunyikan.Semua murid bergegas keluar dari bilik darjah masing-masing
Masing-masing menuju ke padang sekolah
Murid-murid tahap 1 sedang mengikuti laluan yang ditetapkan
Murid-murid tahap 2

Guru-guru pun turut bergegas ke padang


Guru-guru kelas membawa jadual kedatangan ke padang untuk menyemak bilangan murid-murid masing-masing
Murid-murid berkumpul mengikut kelas masing-masing
Guru 5S sedang menyemak jadual kedatangan kelasnya
Guru-guru kelas sedang mamanggil nama murid-muridnya
Yang telah berada di kumpulan masing-masing,sila duduk
Taklimat mengenai plan kecemasan kebakaran diteruskan lagi
agar murid lebih faham

Murid-murid Tadika SKHHD juga terlibat di dalam latihan kebakaran ini
Latihan tamat lebih kurang pukul 9.15 pagi, semua guru dan murid beredar ke kelas masing-masing untuk proses P/P seperti biasa  


 Puan Guru Besar dan PK 1 yang memantau perjalanan latihan kebakaran
dilaksanakan




No comments:

Post a Comment